Panglima telah mendapat sedikit maklumat tentang isu perkongsian MAS dan AIRASIA yang menunjukkan kepada kita tentang kerjasama antara sektor Kerajaan dengan Swasta. Yang sebelum ini telah pun diulas oleh sahabat blogger MyMassa di sini
Dalam strategi Kerajaan di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak antara langkah yang diambil oleh beliau ialah perkongsian pintar antara Kerajaan dengan Swasta.
Pihak Kerajaan juga sebelum ini telah membuat pertukaran antara pegawai sektor swasta dengan pegawai Kerajaan bagi membolehkan sikap positif dalam perkhidmatan swasta dapat diaplikasikan dalam sektor kerajaan.
Ini untuk merealisasikan kehendak rakyat yang dimomokkan dengan persepsi negatif terhadap sektor awam negara kita agar mereka sedar bahawa bukan semua penjawat awam itu tidak sehebat pekerja swasta.
Dengan perkongsian pintar terbaru antara syarikat MAS dan AIR ASIA maka kita nampak persaingan akan berubah kepada perkongsian di mana dua pihak akan meraih banyak keuntungan dari segi logistik, tenaga keraja dan juga kod laluan antarabangsa.
Ia juga akan menjadikan rakyat paling mendapat keuntungan atas perkongsian ini. Selaras dengan hasrat 1Malaysia - rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Di sini diperturunkan jawapan terhadap isu MAS dan AIR ASIA yang telah sedikit kecoh dalam dunia maya kita baru-baru ini. Ia diperolehi dari sumber yang sangat sahih dan dipercayai.
Semoga rakyat dapat memahami dengan berkat pertolongan sahabat bloggers/facebookers/twitterian sekelian menyebarkannya demi kebenaran bukan kepalsuan.
Sila klik imej untuk besarkannya.



7:44 PM
daraudom19@gmail.com





0 comments:
Post a Comment